Di dalam dunia ini terdapat banyak makanan yang menarik dan sedap, bukan itu sahaja, ada juga makanan yang tidak sedap tetapi penuh dengan kebaikkan. Tuntasnya, kita semua juga perlu tahu bahawa tidak semua makanan boleh dimakan sewenang-wenangnya. Berkemungkinan sesuatu makanan itu tidak boleh dimakan atas faktor racun yang ada dalamnya dan berbagai lagi. Jangan hairan, wujud juga golongan dan kelompok manusia yang sanggup makan makanan yang dilabelkan sebagai sangat berbahaya.

  1. Ikan Buntal

Ini adalah ikan yang sangat terkenal di negara Jepun kerana ia adalah salah satu makanan bagi mereka yang menggemari makanan yang berasaskan laut. Di Jepun ia lebih dikenali sebagai Fugu. Ikan Buntal ini hanya disediakan oleh chef yang betul-betul terlatih bagi memastikan makanan ini dapat dimakan dengan selamat kerana ada sebahagian di dalam ikan ini terdapat tetrodotoxin dan ia perlu dibuang semuanya.

Membuang kesemua tetrodotoxin bukan lah sesuatu pekara yang mudah. Dapat direkodkan bahawa setiap tahun makanan yang berunsurkan ikan buntal ini membunuh ratusan manusia kerana memakannya. Hal ini kerana, tetrodotoxin merupakan kandungan yang sangat merbahaya kerana ianya 1200 kali ganda lebih merbahaya daripada bahan kimia cyanide.

Simptom awal yang dapat dikesan jika kita memakan ikan buntal adalah sakit kepala yang sangat kuat, loya dan sebagainya. Lama kelamaan kesukaran untuk bernafas akan menyerang anda, otot juga mula gagal berfungsi dan akibatnya anda akan lumpuh serta merta. Jangan terkejut, ia hanya mengambil 20 minit sahaja untuk membunuh.

2. Otak Monyet

Ramai yang tidak tahu bahawa ada juga sebilangan manusia yang menjadikan otak monyet sebagai makanan kegemaran. Untuk pengetahuan anda otak monyet mengandungi virus yang mengakibatkan penyakit Variant Creutsfeldt-Jakob (vCJD) yang membawa maut.

Ada beberapa gejala yang dapat anda kesan selepas memakan otak monyet, antaranya, kehilangan kesimbangan badan, buta, dementia, kesukaran untuk bercakap dan sebagainya penyakit kronik.

3. Sotong Kurita mentah/masih hidup

kredit: Iluminas

Selain ikan buntal di Jepun, haiwan laut ini juga sangat terkenal di Korea di dalam makanan. Ia juga diberi nama Sannakji di Korea. Cara hidangan dia agak mudah kerana ianya disediakan dengan hidup-hidup tanpa digoreng mahupun direbus. Perjalanannya hanya sekali, iaitu terus ke mulut. Lain pula ceritanya tentang makanan ini. Sotong kurita ini tidak mempunyai sebarang racun mahupun bertoksin akan tetapi rekod kematian setiap tahun di korea menunjukkan bahawa ia adalah salah satu makanan yang berbahaya untuk dimakan.

4. Casu Marzu

Pada tahun 2020 ini, Keju merupakan makanan yang mengikuti trend semasa kerana setiap orang memadankan keju dengan berbagai jenis makanan yang lain bagi menambah perisa dan rasa kepuasan sesuatu makanan. Akan tetapi, ini lah dia keju yang sepatutnya kita elak untuk makan iaitu Casu Marzu. Apa yang ganjil dan menyebabkan keju ini berbahaya adalah kerana cara penyediaannya yang tidak masuk akal.

Di bahagian tengah keju ini dipotong dan dibiarkan dalam masa yang agak lama sehingga lalat-lalat datang hinggap dan bertelur lalu menghasilkan larva. Larva tersebut akan terus membiak di dalam keju tersebut sehingga bahagian keju ini akan terurai dan menjadi lembik. Dari situ lah ia dinamakan Casu Marzu.

Pemakan keju ini akan mudah mendapat berbagai-bagai jenis penyakit akibat dari larva-larva yang ada di dalam keju tersebut.

5. Kerang Mentah

Untuk pengetahuan anda, kerang hidup di bahagian bawah laut yang kurang mendapat kandungan oksigen. Oleh itu, bakteria dan virus kerap dijumpai pada kerang kerana ia mudah tercemar. Seharusnya, sebelum anda memakan kerang, anda perlulah memasak kerang tersebut sehingga betul-betul masak bagi membunuh kesemua jenis bakteria. Walaupun begitu, ada juga sesetengah orang menyukai kerang ini mentah-mentah dan sanggup memakannya dengan darah-darahnya sekali. Darah yang ada pada kerang itu terkandung bakteria yang akan menyebabkan pemakannya boleh terkena penyakit, demam kepialu dan juga hepatitis.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here