Johor – Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT menjadi tuan Rumah dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2020 (ACL) bertemu Suwon Samsung Bluewings. Di dalam pertembungan antara JDT dan Suwon, JDT berjaya mengecewakan pasukan pelawat dengan 2-1

Dalam perlawanan ini pertahanan JDT melakukan tugas-tugas mereka dengan baik kerana Suwon kelihatan hilang idea untuk masuk ke dalam kotak penalti JDT dengan lebih kerap. Pertahanan JDT yang di barisi oleh Fadhli Shas dan Mauricio Dos Santos sepatutnya diberi kredit yang lebih kerana menjalankan tugas dengan baik dan tidak lupa juga pada penjaga gawang JDT iaitu Farizal Marlias yang menidakkan percubaan tepat dari pemain Suwon.

JDT sekali lagi cemerlang dalam memberi serangan ke atas Suwon dan tak disangka-sangka ianya membuahkan hasil. Pada minit ke-13 pasukan JDT dihadiahkan sepakan Penalti akibat daripada kekasaran yang dilakukan oleh Min Sang-Gi dalam cubaan untuk menghentikan Diogo Dos Santos yang diberikan lorongan cantik yang dilakukan oleh Nazmi Faiz Mansor.

Gonzalo Cabrera tidak menolak tuah yang diberikan, beliau berjaya menyempurnakan sepakan penalti walaupun penjaga gawang pasukan Suwon berjaya meneka arah bola yang diberikan oleh Gonzalo Cabrera akan tetapi meneka sahaja tidak cukup untuk menghentikan bola itu melainkan pergerakkan No Dong-Geon lebih tangkas dan cepat.

Sejurus dari itu, JDT mempunyai beberapa peluang keemasan apabila hantaran jarak jauh yang dilakukan Mauricio menemui Diogo Dos Santos, akan tetapi petahanan Suwon Doneil Henry berjaya menidakkan peluang itu.

Memasuki babak separuh masa kedua, Kelab yang berpangkalan di Korea Selatan itu berjaya membolosi pertahanan kental JDT apabila pemain Suwon Terry Antonis melepaskan sepakan yang membuatkan Farizal Marlias tergamam.

Selepas itu, JDT berjaya membuat gol kemenangan pada minit ke-73 apabila Mauricio menanduk bola masuk sekali lagi hasil daripada crossing yang dilakukan oleh Nazmi Faiz Mansor. JDT hampir mendapatkan gol ke-3 akan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka dan akhirnya perlawanan itu berakhir dengan kemenangan JDT 2-1 ke atas Suwon.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here