London- Liverpool telah dicampak keluar oleh Chelsea dalam perlawanan Piala FA awal pagi tadi. Liverpool tidak memperolehi sebarang gol semasa bertemu Chelsea menunjukkan mereka tewas 0-2 di Stadium Stamford Bridge.

Chelsea sebagai tuan rumah tidak mensia-siakan peluang memberi asakan yang berbahaya kepada Liverpool sehingga ia membuahkan hasil. Pada awal minit ke-13, Pemain kelahiran Brasil Willian menjaringkan gol pertama buat Chelsea diikuti gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh pemain England iaitu Ross Barkley.

Dalam perlawanan ini, Jurgen Klopp iaitu manager kepada Liverpool mengakui bahawa Chelsea berkemungkinan menghentam mereka lebih lagi dari ini. Walaupun begitu, Beliau tetap memuji anak buahnya yang tetap bermain cantik dalam permainan ini.

Kekalahan ini telah membuatkan Liverpool mengumpul 3 kekalahan berturut-turut sejak kekalahan pertamanya apabila bertemu Atletico Madrid diikuti Watford dan Chelsea. Mungkin ini kerana, baru-baru ini, Jurgen Klopp telah mendapat surat daripada peminat cilik yang menyokong Manchester United.

Di dalam surat itu, kanak-kanak itu menyatakan bahawa kanak-kanak itu merayu agar Liverpool seharusnya kalah dan jangan memperolehi kemenangan lagi di masa akan datang. Ternyata surat kanak-kanak tersebut dibalas dengan cepat oleh Liverpool selepas mereka tewas 3 kali berturut-turut.

Mungkin juga, ini adalah perancangan Klopp untuk sengaja kalah? ataupun Liverpool sedang nazak akibat sedikit demi sedikit kehilagan bisa kemenangan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here