Sumber: eizuan.wordpress

Kebanyakkan orang terlalu takut untuk berhadapan dalam apa jua bentuk kegagalan, dari segi akademik mahupun perniagaan. Walhal, jikakita terus berjaya tanpa merasakan nikmatnya kegagalan, keberhasilan itu tidak memberi sebarang erti pada diri kita.

Min percaya, semua manusia mesti mempunyai mimpi dan cita walaupun dia menidakkan perkara itu. Mimpi dan cita-cita tidak semestinya perlu besar, tapi tidak salah kalau kita bermimpi jauh kerana ianya percuma “bermimpilah dan terbanglah bersama sehingga ia jadi milik kita”. Mimpi itulah nanti yang akan memberikan kita semangat apabila “gagal” cuba membaham kau dalam diam. Kita perlu sentiasa bangun dari lena kerana ada harapan yang menunggu di depan,  mimpi yang tengah menanti di hujung perjalanan kita.

Sumber; Renungan Kristiani

Kalau kita gagal dalam akademik hari ini, perlu tahu ilmu tu tersangat luas menjangkau akal kita, manusia. Cari semula sayap yang telah patah dan terbang, percaya yang kalau gagal juga boleh berjaya, tak semestinya sekarang sebab hidup kita bukan untuk harini sahaja selagi nyawa masih di kandung badan, berjuanglah.

Untuk mereka yang bakal menerima apa jua keputusan, jangan sesekali berduka dengan apa jua yang bakal kau hadapi sebab hidup kau tak akan berhenti di situ. Jadikan ianya satu permulaan, asas perjalanan untuk menjemput mimpi-mimpi kau.

Ingat, kagagalan untuk dinikmati sebelum kau marasakan nikmatnya keberhasilan, cari inspirasi atau mentor yang boleh berikan kesedaran pada kita untuk terus berjaya dan tidak dimakan oleh rasa kekecewaan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here