Sumber: YouTube Neon

Letusan karya hebat Bong-Joon-Ho, “Parasite” telah mencuri perhatian HBO setelah memperoleh kemenangan di Oscar ke-92. Pihak HBO bersedia untuk menghasilkan semula filem tersebut dalam bentuk drama bersiri. Tambahan pula, mereka juga mendapat tindak balas yang positif dari pihak “Parasite” untuk berkerjasama dalam penghasilan semula karya itu.

Bong Joon-Ho berpendapat bahawa masih terdapat banyak ruang penceritaan yang boleh dikembangkan melalui drama bersiri yang bakal dihasilkan nanti. Ini akan membuatkan penonton lebih puas dengan lebih banyak minit dan episod yang bakal dihasilkan dengan gabungan mantap daripada 2 pihak yang sangat hebat. Selain itu, plot yang akan dibangunkan dalam drama ni sememangnya perlu diletakkan expectation yang tinggi melangkau dari filem asalnya.

Sumber: ScreenCrush

Buat masa ini, salah seorang pelakon yang bakal menjadi watak dalam drama ini adalah Mark Raffalo. Hal Ini akan menyerlahkan lagi dan akan menjadi sebuah karya yang akan dinanti-nantikan oleh penggemar film oleh kerana beliau merupakan pelakon dalam sebuah filem yang sangat popular iaitu Avengers dan memegang watak sebagai Hulk. Walau bagaimanapun, Pihak HBO masih belum memberikan sebarang kepastian.

Dalam Jangkaan, drama ini akan mempunyai 6 episod penuh yang akan ditayangkan merujuk siaran tayangan TV konvesioanal sedia ada.

Di khabarkan, Siri ini akan mengambil 2 bahagian daripada filem asal dan peminat film ini akan mengharapakan kejutan yang pelbagai. Seperti yang telah tersebar luas, filem “Parasite” merupakan penerima anugerah Filem Terabaik pada Oscar-92, pastinya pihak penerbit perlu meletakkan expectation yang tinggi untuk menghasilkan karya tersebut untuk memastikan tahapnya seimbang atau lebih.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here