Zaman sekarang ni semakin hari semakin ramai orang muat turun aplikasi Tiktok di telefon pintar kerana aplikasi ini boleh membuatkan orang menjadi popular seperti artis melalui bakat masing-masing.

Tapi, lain pula jadinya apabila seorang wanita bermain aplikasi Tiktok di pejabat. Korang nak tahu kenapa? Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @AzamLambert di Twitter, dia dipecat oleh majikannya tau.

Kalau korang tengok video yang Ohmedia kongsikan tu, majikannya berasa amat geram apabila melihat aksi wanita tersebut. Haa tulah, bila masuk waktu pejabat korang janganlah leka bermain Tiktok dan kerja korang semua tinggalkan.

Tak pasal-pasal dah kena pecat dengan majikan. Kalau nak main Tiktok dalam telefon korang memang boleh tetapi janganlah masa waktu pejabat. Itu namanya gaji buta gais! Ambil kejadian seperti ini sebagai iktibar okay!

Sumber: Twitter, Oh!Media

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here