Seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna Penny Tai telah ditahan setelah meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat, wanita berusia 28 tahun itu telah ditangkap di Ampang Jaya semalam.

“Pada 2 Mac 2020 jam lebih kurang 2 petang, seorang perempuan Cina telah ditahan di Ampang Jaya dan pihak kita telah merampas sebuah telefon bimbit miliknya untuk siasatan, ” katanya.

Suspek merupakan pembantu pengurus klinik di Singapura dan dikatakan tiada mempunyai sebarang latar belakang politik. Malah, siasatan awal mendapati dia juga dikatakan tidak pernah mengundi.

“Saya ingin menasihati pengguna-pengguna media sosial di luar sana supaya lebih berhati-hati datan memberikan komen dan pastinya anda akan bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan, ” tambahnya.

Ketika siaran langsung upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 di Istana Negara tempoh hari, wanita berkenaan meninggalkan komen berbunyi,

“Boleh upah pembunuh untuk bunuh Perdona Menteri baru?”

Berita penahanan wanita berkenaan dimuat naik oleh PDRM di akaun rasmi facebook pasukan keselamatan itu semalam.

Sumber: RMP TV, Siakap Keli

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here