Saban hari, ramai pengguna telefon pintar menantikan aplikasi WhatsApp memberikan ciri-ciri “dark mode” yang memaparkan paparan yang berunsur hampir kesemuanya gelap.

WhatsApp melakukan sedemikian kerana terlalu banyak pengguna telah meminta mereka agar mod gelap turut disediakan di dalam aplikasi tersebut. Sebelum ini WhatsApp membuat ujian selama berbulan-bulan bagi memastikan mod gelap dapat dijalankan di dalam aplikasi WhatsApp.

Hari ini mereka mula melepaskan mod gelap untuk aplikasi WhatsApp pada pengguna Android dan juga IOS. Pengguna yang ingin menggunakan aplikasi in perlu mengemas kini WhatsApp pada versi yang terbaru untuk menikmati mod gelap.

Pada peranti IOS 13 dan Android 10 ini, mod ini berubah secara automatik. Pada peranti yang tidak menggunakan Android 10 dan IOS 13, seharusnya anda menukar mod gelap tersebut secara manual dengan pergi ke Settings > Chats > Theme > Select “Dark”.

mod gelap bagi pengguna Android
mod gelap bagi pengguna IOS

Kelebihan dan kegunaan mod gelap ini adalah untuk peranti yang menggunakan skrin panel amoled kerana ia mampu menjimatkan bateri kerana pixel yang ada pada skrin amoled tidak menggunakan sebarang kuasa jika skrin mempunyai paparan gelap berbanding dengan penggunakan IPS LCD yang masih menggunakan kuasa jika paparan skrin dalam keadaan gelap.

Selain itu, mod gelap ini membantu untuk menjaga mata anda jika anda menggunakan smartphone dalam suasana gelap. Mungkin disebabkan ini, pengguna meminta kebanyakkan aplikasi menyediakan mod gelap untuk aplikasi mereka.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here