Kredit: Oh bulan

Semakin hari, makin menjadi-jadi isu tentang generasi baru yang kini menunjukkan kebimbangkan. Banyak pihak perlu peka dengan situasi ini dimana jika pekara ini diambil ringan. Generasi akan datang ini lama-kelamaan semakin lemah dalam mentadbir negara di masa akan datang.

Minggu ini, kecoh tentang seorang ibu yang pada mulanya kelihatan ingin mengadu pada guru tentang tugasan yang diberikan pada anak kecilnya di sekolah. Ibu berkenaan mendakwa bahawa tugasan yang cikgu berikan itu telah menyebabkan anaknya tidak dapat menyiapkan kerja, salah menyalin kerja dari buku teks dan anaknya tidak menanda kerja yang diberikan oleh guru.

Di dalam perbualan menerusi aplikasi WhatsApp ini, menujukkan seorang penjaga salah seorang anak yang diajar oleh guru tersebut seolah-olah memberi arahan untuk guru untuk memudahkan lagi kerja anaknya. Keadaan itu menunjukkan ibu bapa tersebut terlalu manja dalam mendidik anak sehingga anak mereka terlalu bergantung dan tidak pandai berdikari dalam menguruskan kerja rumah sendiri.

Pekara seperti ini seharusnya dielakkan kerana, jika ibu bapa melakukan hal sedemikian. Anak tidak akan dapat belajar rasa tanggungjawab yang diberikan daripada orang lain kerana bagi mereka segala hal mereka pasti akan ada orang lain akan permudahkan atau selesaikan.

Selain itu, boleh terjadi masalah generasi akan datang, mereka hanya mengharapkan orang lain untuk menguruskan mereka sehingga mereka tidak mahu berfikir dan mereka hanya mahu mengambil jalan mudah dalam setiap pekara.

Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, janganlah kita biarkan pekara ini sehingga pepatah itu diterbalik kan akibat kesalahan kita dalam mendidik anak kita sndiri.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here