Kemalangan udara yang melibatkan kapal terbang sememangnya satu mimpi ngeri buat setiap manusia kerana ia melibatkan kehilangan nyawa dengan keadaan yang amat dahsyat sekali.

Setiap pekara yang berlaku apabila anda menaiki kapal terbang sejujurnya tidak dapat di teka mahupun di ukur sejauh mana keselamatan itu dapat melindungi anda kerana kebanyakkan nya mereka yang terlibat di dalam nahas pesawat mempunyai peratusan yang agak tinggi untuk mati.

Bayangkan dengan ketinggian beribu-ribu kaki di udara, sesuatu objek menjunam dengan kelajuan beratus-ratus KM/J. Mana mungkin dengan keadaan seperti itu anda akan terselamat daripada nahas kapal terbang. Akan tetapi, mungkin dengan kuasa tuhan, umur anda panjang dan diberikan peluang untuk terus kekal hidup dan terselamat.

Di sini, ada beberapa pekara yang perlu anda tahu tentang kemungkinan dan peratusan untuk terselamat dari nahas kapal terbang. Seorang juruterbang yang tidak mahu dikenali telah berkongsikan tentang tempat duduk yang selamat seandainya berlaku kemalangan kapal terbang.

Untuk pengetahuan Anda, duduk di bahagian tengah kapal terbang iaitu di bahagian sayap adalah lebih selamat kerana di bahagian kapal terbang. Sayap adalah bahagian atau besi yang paling kuat sekali. Jadi apabila sesuatu hentakkan berlaku bahagian selain dari bahagian sayap pesawat tidak dapat menahan dengan lebih lama berbanding pada bahagian sayap.

Selain itu, di bahagian belakang pesawat juga mempunyai peratusan terselamat yang agak tinggi tetapi tak setinggi di bahagian sayap. Untuk pengetahuan anda semua, di bahagian depan yang terletaknya tempat duduk untuk penumpang first-class adalah 100% yang paling tidak selamat. Hal ini kerana terdapat beberapa rekod bahawa penumpang yang terselamat datangnya dari bahagian tengah sayap dan juga belakang.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here