Sumber: Awani

MELAKA – Kemelut politik di Melaka masa belum reda, siapa ketua menteri masih jadi persolan. Kelihatan 13 Adun negeri Melaka segak berpakaian kemas pada sidang media khas Perikatan Nasional pagi tadi. Mereka dijangka akan menghadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka.

Dalam sidang media yang berlangsung pagi tadi, difahamkan ke-13 mereka bersama-sama bersetuju dan sebulat suara untuk menarik balik kerjasama dengan Adun Bersatu iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohaideen dan Adun Teluk Mas Datuk Noor Effandi Ahmad. Diafahamkan, pihak Barisan Nasional telah menjemput 2 Adun berkenaan untuk membincangkan berkenaan hala tuju gabungan tersebut. Namun, keputusan untuk membatalkan kerjasama itu adalah kerana Barisan Nasional gagal berjumpa dengan mereka berdua untuk perbincangan lanjut berkenaan hala tuju yang akan dilakukan.

Sumber: Suara perak

Untuk makluman, Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikkan dan Ankat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 telah dipersetujui oleh Tun Mohd Khalil iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dilakukan pada 6 Mac. Untuk pengatahuan, semua Adun akan malakukan Akuan Bersumpah (SD) tanpa dua nama Adun yang telah telah dibatalkan persetujuan kerjasama bersama BN iaitu Adun Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohaideen dan Adun Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.

Selain itu juga, di khabrakan persoalan siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri Melaka akan terjawab selewat-lewatnya petang ini. Perkara ini akan dimaklumkan melalui kenyataan media yang akan dilakukan oleh Tun Mohd Khalil Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Kemelut politik Melaka yang berterusan akibat kejatuhan Pakatan Harapan dijangka akan berkahir.

Merujuk maklumat, istiadat itu akan berlangusng pada jan 9.00 pagi Jumaat, esok. Istiadat ini akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Tun Mohd Khalil Yaakob.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here