Sumbe: Bukalapak

Macam-macam kejadian aneh yang telah berlaku di negara kita. Tular, batu yang bewarna putih seakan batu kapur sebesar tapak tangan budak itu terlihat aneh apabila ia mula tumbuh dan menbentuk seolah-olah kepala manusia yang memakai tengkolok sepanjang 4 sentimeter.

Ustaz Jamil Hussain yang merupakan pemilik batu tersebut menjelaskan, pada awalnya batu tersebut hanyalah satu tumbung kelapa atau boleh juga dipanggil sebagai geliga kelapa. 10 tahun yang lalu, ketika ustaz menemui batu tersebut ianya hanyalah seketul batu kecil yang biasa.

Beliau yang merupakan pengetua Madrasah Kota Tauhid di Kelumpang, Selangor menjelaskan lagi bahawa dia menemui tumbung tersebut ketika sedang berguru dengan seoarang alim ulama di Gunung Jerai, Kedah 10 tahun yang lalu. Tambahnya lagi, dia menemukan batu tersebut ketika mereka sedang melakukan ujian berdekatan dengan Batu kapal di puncak gunung pada 1 pagi. Hempasan buah kelapa yang dilakukan olehnya berkecai dan ketika itulah Ustaz Jamil Hussain perasan satu objek yang bersinar, ia merupakan tumbung kelapa tersebut.

Sumber: Mstar Online

Ia di bawa pulang olehnya dan disimpankan dalam sebuah kotak kecil di rumahnya. Oleh kerana ketika itu hatinya seakan menyuruh untuk menagmbil tumbung itu dan bawa pulang. Beberapa tahun kemudian, Ustaz Jamil Hussain seolah-olah terlupa dengan tumbung kelapa tersebut. Dia terkejut setelah beberapa tahun tumbung itu berubah, ianya semakin membesar dan bertunas seperti manusia yang memakai tengkolok di kepalanya.

Katanya, walaupun dia bukanlah penggemar benda pelik, tapi dia mengambil keputusan untuk menyimpan sendiri tumbung itu. Walaupun ramai yang menawarkan padanya untuk membeli tumbung tersebut, beliau tidak menjualnya. Kerana ada yang berpendapat tumbung tersebut boleh dijadikan sebagai “ibu duit”. Disebabkan itu, lebih baik dia menyimpan sendiri agar tidak disalah gunakan oleh pihak lain.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here