Tapak peniagaan ‘disailang’ , begitulah dakwaan peniaga-peniaga di Flea Market di Bangi Gateway apabila tapak perniagaan mereka bakal diambil alih oleh penganjur baharu yang dianggap mengambil kesempatan atas kejayaan kawasan tersebut sebagai tapak perniagaan.

Bantahan yang dilakukan ini dikatakan sebagai tanda ketidakpuashatian mereka dek kerana dianggap ditindas oleh penganjur baharu. Mana tidaknya, segala usaha dan susah payah peniaga dan penganjur yang sedia ada sehingga menaikkan tempat tersebut tiba-tiba hendak dirampas oleh pihak lain. Para peniaga menyatakan rintihan mereka bahawa mereka seolah-olah tersepit disebabkan hal ini.

Tambah mereka lagi, tawaran bayaran untuk tapak perniagaan daripada penganjur yang baru juga amat tinggi dan tidak berbaloi.

Menurut mereka, laporan dan aduan juga telah dilakukan terhadap pihak-pihak bertanggungjawab iaitu pihak Majlis Pembandaran Kajang (MPKJ) dan pihak Bangi Gateway. Namun, respon daripada pihak-pihak tersebut dianggap tidak memuaskan dan tidak mampu menyelesaikan isu ini serta nasib mereka dibiarkan tidak terbela.

VIDEO ‘LIVE’ DI FLEA MARKET

[Siaran Ulangan] : Di Flea Market di Bangi Gateway.

Kita dengar apa rintahan Perniaga Melayu disini… Sedih dan kesian…Segala usaha dan susah payah peniaga dan penganjur yg menaikkan tempat Tetiba hendak di Sailang oleh pihak Lain..Kita mahu MPKJ dan Bangi Gateway menjawab isu ini dan selesaikan demi Membela nasib Perniaga Melayu disini.Mohon anda semua like,komen,dan share kan..——————————————-Untuk info selanjutnya : https://seminarbengkelkereta.comDapatkan pakej marketing promo dihttps://a.buymuslimfirst.org.mylayari www.buymuslimfirst.org.my untuk pengiklanan PERCUMA. Setiap hari 60k Orang masuk ke website ini.

Posted by BMF MEDIA TV – official on Tuesday, 3 March 2020

Mereka berharap agar MPKJ dan Bangi Gateway dapat menyelesaikan isu ini demi membela nasib Peniaga Melayu disini. Tambahan mereka lagi, mereka juga tidak kisah jika perbincangan secara damai diadakan bagi menyelesaikan perkara ini. Pihak BMF Media TV juga mendoakan agar isu peniaga-peniaga ini dapat terbela oleh pihak-pihak yang bertanggunjawab demi keemajuan ekonomi orang Melayu. #SUPPORTBMF

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here