Sumber: Babab.net

INDONESIA – Bumi semakin ditelan usia, manusia semakin pupus kembali kepada Sang Pencipta. Berita kematian semakin kerap kedengaran dicuping telinga kita. Baru-baru ini seorang warga Indonesia di Jawa Timur ditemui meninggal dunia di atas motor yang digunakan untuk meniaga menjual aiskrim.

Misyanto,66, telah meninggal dunia pada 2 Mac 2020 dan ditemui dalam keadaan bersandar di bahagian hadapan motor beliau. Seorang warga bernama Suwanco kebetulan melalui jalan tersebut menemui Misyanto yang berhenti di tengah jalan dan tidak bergerak.

Sumber: The Reporter

Disebabkan Misyanto telah menghalang laluan, Suwanco cuba beberapa kali membunyikan hon, namun tidak diberikan apa-apa reaksi olehnya. Melihat keadaan itu, Suwanco pun segera keluar daripada kereta untuk memeriksa sendiri apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya Suwanco apabila dia dapati yang Misyanto langsung tidak sedarkan diri setelah melakukan pemeriksaan. Beliau dengan segera melaporkan hal berkenaan pada pihak berkuasa.

Setelah melakukan siasatan, pihak berkuasa dapati punca yang menyebabkan Misyanto meninggal adalah kerana keletihan. Selain itu, laporan juga mengatakan yang mangsa sering mengadu mengalami sesak nafaf dan pening kepala.

Walaupun begitu, mangsa terpaksa juga keluar berniaga demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga dengan menjual ais krim, mengelilingi kawasan menaiki motor. Mangsa langsung tidak menghiraukan akan kesihatan agar dapat demi kalangsungan hidupnya dan keluarga. Tambahan pula, satu-satunya sumber pendapatan mereka hanyalah dengan hasil penjualan ais krim oleh Misyanto.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here