Sumber: Google

Tular di media sosial seorang pemuda menjual timun dengan harga yang sangat murah. Mt Amin Ridzuan, pemuda berumur 29 tahun ini tular gara-gara menjual timun dengan harga sepuluh sen sebiji sejak hari selasa yang lalu. Mengikut harga pasaran, harga timun mencecah RM2 hingga RM3 sekilo. Ternyata harga yang diletakkan oleh Amin tersangatlah murah, patutlah viral.

“Rezeki Allah itu luas, kita hanya perlu percaya padaNya”.

Sumber: Mt Amin Ridzuan (facebook)

Kata Amin, dia bukan sengaja mahu menganiaya pekebun yang lain tapi kebetulan timun tengah banyak. Tambahan pula timun-timun itu di tanam oleh adik beradiknya sendiri, jadi tidak salah jika dia berkongsi rezeki dengan orang-orang kampung Bagan Serai dengan meletakkan harga yang murah pada timun-timun itu.

Amin langsung tidak khuatir jika berlaku kerugian kerana dia percaya kepada yang memberi rezeki. Anak sulung dari 4 beradik tu berkata yang kerugian itu adat dalam perniagaan, kita hanya perlu percaya dengan yang telah ditetapkan untuk kita.

Sumber: Mt Amin Ridzuan (facebook

Tambahnya lagi, tujuan asal posting itu dibuat adalah untuk kenalan-kenalan dekatnya yang berniaga nasi lemak, satay dan nasi ayam. Untuk mengelakkan dari rosak dan buruk, Amin mengambil keputusan untuk jual timun-timun itu dengan harga yang murah. Dengan itu, tidaklah berlaku sebarang pembaziran.

Sebagai peniaga kedai runcit, Amin juga menyediakan pelbagai barang basah dan keperluan dapur. Usia perniagaan beliau baru sahaja mencecah setahun. Pada mulanya, posting itu di muat naik di Facebooknya sendiri, namun ianya sudah pun tular di suluruh pelusuk media sosial setelah dikongsi oleh netizen sejak selasa yang lalu.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here