Sentuhan bunga tangan dari Ain menaikkan lagi seri pengantin

Industri perniagaan di Malaysia pada masa kini terlihat semakin pesat membangun seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”, peribahasa inilah yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi berikut. Tidak melepaskan peluang untuk anak kelahiran Jengka pahang, Nor Hafizatul Ain Binti Mohd Yusoff atau lebih selesa dengan gelaran “Ain” yang sedang mengembangkan sayapnya dalam business gubahan bunga.

Menurut Ain, beliau telah beberapa kali di’reject’ oleh syarikat-syarikat gubahan bunga sebagai penggubah bunga. Walaupun begitu, ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat wanita muda ini untuk terus berjaya. Berdiri di atas paksi minat dan cinta pada seni gubahan bunga, Ain bertekad membina empayarnya sendiri dengan membuat tempahan gubahan bunga tangan secara kecil-kecilan.

Gubahan bunga menggunakan wang kertas RM10

Ain memulakan business ketika beliau melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dengan hanya mengambil tempahan dari orang ke-3 dan jual di majlis graduasi. Beliau mula menyerlahkan bakat dengan sentuhan tangan magisnya pada Julai 2018 dengan hanya berbekalkan rujukan gambar. Disebabkan minat yang mendalam, Ain teruskan dengan hanya bergurukan YouTube pada permulaannya seterusnya di berguru pula dengan Mua Ciwa yang juga meruapakan wedding planner di daerah kuantan. Selain gubahan bunga, Ain juga belajar make-up dan hias pelamin bersama Ciwa. “Mula-mula dulu terfikir nak jadi wedding planner, tapi disebabkan tak cukup kudrat saya pilih bunga untuk diteruskan” ujar Ain.

Kalau dah tersemat bakat dalam diri, ianya tidak mustahil untuk kita melakukan sesuatu itu dengan mudah kan? Jatuh cinta dengan satu laman Instagram meyakinkan lagi Ain untuk teruskan perjuangan minatnya dalam mengubah bunga ketika dia berada di tahun ketiga pengajianya. Malangnya, disebabkan oleh kekangan masa yang ada, dia membatalkan dahulu niatnya.

Salah satu bunga tangan gubahan dari Ain, Sumber: @bungetangan Instagram

Setelah tamat pengajian dan telah diterima bekerja di Ibu Kota, Ain tidak melepaskan peluang keemasan ini. Oleh sebab lambakkan manusia di Ibu Kota, mudah untuk Ain mendapatkan pelanggan. Dengan tulang empat keratnya, beliau menguruskan sendiri dari segi pemilihan bunga hinggalah langkah yang terakhir iaitu penggubahan. Walaupun business Ain hanyalah secara kecil-kecilan, katanya sambutan yang di terima hingga harini amat memberansangkan dan ianya semakin berkembang.

Harapan beliau untuk masa yang akan datang, Ain mahukan signature “BungeTangan” menjadi sesuatu yang orang akan tujukan jika sebut tentang bunga atau gubahan bunga. Selain itu, kepuasan hati pelanggan menjadi tunjang utama pada Ain terutama sekali adalah untuk pasangan “raja sehari”. Mereka akan abadikan hari bahagia bersama sentuhan bunga tangan dari Ain dan akan menjadi ingatan sampai bila. Semoga Ain terus berjaya dengan apa yang telah diusahakan dan boleh dijadikan inspirasi untuk mereka di luar sana.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here