ISKANDAR PUTERI: Di Kangkar Pulau semalam telah berlakunya ribut puting beliung yang menyebabkan kerosakkan rumah seorang suri rumah. “Memang takut, bunyi angin kuat sangat menderu. Semasa kejadian saya sedang berehat di dalam rumah”, ujar Sumi yang berada di rumah ketika itu.

Meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ribut puting beliung yang berlaku pada pukul 6.30 petang semalam telah merosakkan sebahigian rumah beliau. Tambahan pula, ianya berlaku sebanyak dua kali yang mengambil masa selama 2 minit sahaja untuk gelombang yang ke-2 melanda kawasan tersebut.

Rumah yang terjejas.- Foto Berita Harian

Menurut Sumi, kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang semalam bermula dengan angin kuat dan ribut yang berlaku selama 10 minit. Kemudian, selang 2 minit disusuli pula dengan hujan dan ribut yang melanda mengakibatkan atap rumah Sumi musnah.

Ketika kejadian, Sumi yang sedang berehat di dalam rumah tiba-tiba terdengar tiupan angin yang agak kuat dan menakutkan. Kelihatan atap rumahnya telah diterbangkan oleh angin ribut berkenaan. “Memang takut, masa jadi ribut saya dalam rumah sedang berehat, dengar angin kuat sangat, saya keluar dan lihat atap rumah terbang” ujar Sumi. Rumahnya yang terletak di Cengkerik itu telah musnah di bahagian atap bilik dan di bahagian dapur. “Rumah saya di Jalan Cengkerik, atap terbang dan di bahagian dapur dan bilik. Lepas ribut, turun hujan lebat dalam 20 minit kemudian disusuli ribut lagi dalam tempoh kurang dua minit

Tambahnya lagi, selepas kejadian ribut tersebut hujan lebat selama 20 minit dan disusuli pula dengan ribut kali ke-2. Kejadian tersebut merupakan ribut yang paling teruk jika mahu dibandingkan dengan kejadian 3 tahun yang lalu menyebabkan banyak rumah terjejas terutamnya di bahagian atap dan owning. Sumi berkata, beliau dan jirannya bersyukur kerana tiada kecederaan dialaminya.

Selain Jalan Cengkerik, kawasan rumah yang mengalami kerosakkan teruk akibat dari kejadian tersebut adalah di Jalan Sibur-sibur, banyak atap yang terbang. Sebanyak 47 rumah telah terjejas dan sebanyak 5 buah rumah yang telah kehilangan atap berikutan ribut dan puting beliung petang semalam.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here