KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang ‘memikirkan’ kaedah baharu yang sesuai menggantikan bazar Ramadan yang biasa diadakan sebelum ini ketika penularan COVID-19.

Namun, yang penting ialah kaedah baharu itu, yang belum diputuskan oleh pihak berkuasa berkenaan, mesti selari dengan garis panduan Kementerian Kesihatan bagiu membendung COVID-19.

Cadangan itu bagi memenuhi keperluan warga kota yang berbeza berbanding di kawasan kampung atau pedalaman.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun konsep dan kesesuaian cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu oleh DBKL.

Katanya, bazar Ramadan konvensional yang lazim dilakukan sebelum ini, sememangnya tidak dibenarkan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.

“Kita tak mahu ambil tindakan (melarang operasi bazar Ramadan) hanya kerana orang lain buat dan kita perlu buat. Ini kerana keperluan di bandar raya adalah berbeza.

“Ramai penduduk di bandar raya yang bekerja dan sangat bergantung kepada makanan sedia dimakan ketika berbuka puasa. Justeru, kena fikirkan semua perkara dan jangan terburu-buru.

“Kita masih ada masa lagi, mahu kekalkan nama lama atau baharu itu persoalan lain tetapi bagaimana untuk memenuhi permintaan tanpa melanggari kaedah kawalan kesihatan adalah lebih utama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Operasi Sanitasi Awam COVID-19 di Jalan Dewan Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Peniaga dan pengguna tertanya-tanya sama ada bazar Ramadan tahun ini akan dapat dilaksanakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramadan tahun ini dijangka bermula pada 23 April manakala tempoh PKP akan tamat pada 14 April.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here