Umum sedia maklum bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sememangnya insan yang paling sibuk kesana-sini menguruskan bantuan kepada insan-insan yang tidak bernasib baik sepanjang PKP.

Walaupun dilihat kerap berada diluar, beliau masih mematuhi arahan kerajaan dan hanya bergerak secara bersendirian dan dalam kumpulan kecil yang dibenarkan.

Terputus bekalan makanan

Kali ini, beliau telah membantu pekerja-pekerja tapak pembinaan warga asing yang dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran PKP yang berlangsung.

Menurutnya, ada yang sampai sudah putus asa dengan hidup kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran mendapat gaji hari dari majikan.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2863991513719113&id=100003248760393

Puluhan beras dan makanan diagihkan

Menurut Ustaz Ebit lagi, mereka terdiri daripada warganegara Indonesia dan Bangladesh dilihat begitu susah kerana ada yang mempunyai bayi kecil serta hidup bersesak di tapak pembinaan.

Oleh hal yang demikian, pendakwah itu telah mengagihkan puluhan kampit beras serta set makanan lain dan keperluan lain  untuk mereka meneruskan kehidupan.

Apa yang lebih menyebakkan pendakwah tersebut adalah mereka mengenali dirinya dan mengakui sering mendengar ceramah daripada ustaz Ebit Lew.

Bantu juga golongan tempatan

Diakhir penulisan beliau di Facebook, beliau turut memaklumkan ada memberi sumbangan kepada golongan tempatan yang dalam kesusahan dengan dibantu oleh grab motor dan kereta bagi diedarkan kepada beberapa golongan.

Mereka juga manusia yang sama seperti kita

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa hiba melihat gambar dan perkongsian yang dibuat oleh pendakwah tersebut.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana tidak pernah pilih kasih dalam menghulurkan sumbangan walaupun mereka semua adalah warga asing.

Mereka juga perlukan bantuan


Terbaik ustaz, membantu tanpa sempadan

Sumber: Ebit Lew, Oh My Media

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here