Wabak Covid-19 sedikit sebanyak telah mengubah lifestyle seluruh penduduk di dunia termasuklah cara untuk menangani wabak itu. Pelbagai cara yang digunakan oleh setiap kerajaan di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahayanya wabak ini.

Bagi menjayakan pelaksanaan tersebut, pihak berkuasa telah menggunakan pelbagai inisiatif tak kira guna cara kasar atau lembut untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan yang dikeluarkan daripada kerajaan.

Memetik laporan AmazingNara, negara India telah menggunakan inisitif yang boleh dikatakan unik dimana pihak polis yang bertugas akan memakai pakaian seragam disertai dengan helmet berwarna merah seakan-akan seperti coronavirus sewaktu menjalankan tugas.

Bukan Sahaja usaha daripada pihak polis malah ada juga pihak lain yang turut menjayakan pelaksanaan ini. 

Menurut sumber, ada juga kedai manisan yang dikenali sebagai “Hindustan Sweets in Jadavpur” membuat inisiatif bagi memberi kesedaran kepada orang ramai dengan membuat manisan yang dikenali sebagai “Sandesh” dengan bentuk seperti coronavirus.

Mungkin dengan inisiatif seperti ini penduduk di India dapat lebih sedar akan bahayanya virus yang boleh meragut ramai nyawa ini.

Sumber: Lobak Merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here