Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP.

Menurut Muhyiddin, ia adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi negara ketika ini susulan daripada penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pengeluaran KWSP Akaun 2 ini hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang individu itu mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun dan had maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM500 sahaja.

Oleh itu bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun dengan segera.

Namun oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini, pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada i-Akaun boleh didaftarkan secara online, tanpa perlu keluar ke pejabat KWSP?

Anda tidak perlu lagi risau kerana pada ketika ini pendaftaran i-Akaun sememangnya sudah boleh dibuat melalui online/email sahaja.

Syarat Pendaftaran:

  1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
  2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif (untuk terima kod TAC)
  4. Majikan anda mempunyai nombor KWSP yang sah

Kemaskini nombor telefon bimbit sebelum mendaftar

Nombor telefon bimbit anda perlulah aktif dan boleh dihubungi. Hal ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda. Kod TAC ini adalah untuk Lupa ID Pengguna dan Lupa Kata Laluan.

Syarat untuk kemaskini nombor telefon:

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Nombor telefon yang ingin dikemaskini mestilah mempunyai nama yang sama dengan ahli KWSP
  3. Hanya untuk ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja

Cara daftar dan kemaskini nombor telefon bimbit:

  1. Pergi ke mana-mana kaunter KWSP; ATAU
  2. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP; ATAU
  3. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang)

Macam mana nak daftar i-Akaun KWSP?

Jika anda masih belum membuat sebarang pendaftaran i-Akaun KWSP, ikuti sahaja langkah-langkah seperti di bawah:

1) Pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan kwsp.gov.my
2) Ahli KWSP boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat [email protected] berserta dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel (klik di sini untuk muat turun borang)
Image from KWSP
Image from KWSP
  • Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
  • Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit)
  • Jika guna prepaid, ambil gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli. Boleh screenshot penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  • Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Untuk makluman, jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli). Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Diingatkan, anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Kini Boleh Dibuat Secara Online, Ini Cara Untuk Anda Daftar I ...

Cara daftar i-Akaun KWSP secara online (Untuk ahli)

  1. Setelah dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma
  2. Jika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah
  3. Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah
  4. Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  5. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
  6. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
  7. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
  8. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
  9. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayang1234)
  10. Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
  11. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh:SayaSayangAwak12345)
  12. Pilih Imej Online.
  13. Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
  14. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  15. Ahli boleh terus login ke i-Akaun

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang.

Dengan i-Akaun juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: KWSP, The Rohani, SAYS

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here