Relatives of a person who died from the new coronavirus -some in protective suits- carry the wrapped coffin inside a cemetery in the north of Guayaquil, Ecuador on April 17, 2020. (Photo by Jose Sanchez LINDAO / AFP)

Mayat bergelimpangan di Guayaquil, Ecuador, antara lokasi paling terjejas teruk akibat Covid-19 di negara itu. Ia menyebabkan sistem kesihatannya hampir lumpuh apabila pihak berkuasa mengehadkan perkhidmatan kesihatan bagi mengekang penularan wabak itu.

Peningkatan jumlah pesakit juga tidak lagi dapat ditampung oleh perkhidmatan kecemasan, hospital dan rumah mayat. Situasi itu menyebabkan ada mayat yang dibiarkan berhari-hari di dalam rumah sebelum polis membantu mengebumikan mangsa.

Searching for dead brings extra agony in Ecuador's largest city ...

Mengikut data rasmi, Pandemik Covid-19 ini sudah meragut 421 nyawa dan menjangkiti 8,450 orang di Ecuador, namun jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi.

Dalam pada itu, Bangkok Post melaporkan seorang lelaki buntu selepas usaha mencari bapanya yang meninggal dunia masih belum berhasil.

Darwin Castillo, 31, sudah berusaha mencari bapanya Manuel, 76, sejak dua minggu lalu. Dia sudah mencari bapanya di rumah mayat, namun gagal tanpa mendapat sebarang petunjuk.

Ketika Castillo pergi ke bilik mayat, dia membuka beg mayat untuk mendapati ayahnya. Namun, dia terkejut ketika menemukan ‘seorang lelaki dengan misai dan pakaian yang berbeza’. Dia yang bekerja di kilang membuat produk plastik, akhirnya mengembalikan keranda yang dibelinya ke rumah pengebumian.

Searching for dead brings extra agony in Ecuador's largest city - RFI

“Saya tidak menyalahkan hospital kerana mayat yang banyak sehingga di kawasan pintu masuk. Apa yang saya mahukan adalah untuk mengebumikan bapa,” katanya.

Sumber: AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here