Masjid Alwi, Kangar - Gambar Hiasan

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan pelanjutan penangguhan solat jumaat, terawih dan sebarang aktiviti pengimarahan masjid dan surau seluruh Negeri Perlis sehingga 31 Mei .

ARAU Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah di Majlis Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang diadakan di Balai Menghadap, Istana Arau. NSTP/Eizairi Shamsudin

Pengumuman itu dikeluarkan MAIPs bagi menjunjung titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dizahirkan baginda melalui surat perutusan kepada Mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 17 April lepas.

MAIPs dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tindakan pelanjutan ini dibuat setelah baginda Raja Perlis melihat dan mengamati senario semasa wabak virus COVID-19 dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak berwajib bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

Mufti Kerajaan Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika ditemui BERNAMA di pejabatnya di sini hari ini. Mohd Asri sekali lagi dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis berkuatkuasa 1 Februari 2015 bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu. Mohd Asri yang memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum ini pernah dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Dr Juanda Jaya. — fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

“Menurut titah perutusan Tuanku Raja Perlis, sekiranya penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal, maka satu titah baharu akan dikeluarkan oleh baginda,” menurut MAIPs.

Sementara itu, Mohd Asri dalam kenyataan yang sama berkata titah baginda adalah tepat ketika Perlis menjadi negeri yang tidak mempunyai kes aktif dan menjadi tanggungjawab semua untuk melipat gandakan usaha bagi memastikan tujuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mencapai maksud dan tujuannya.

“Tindakan pelanjutan ini adalah bertepatan dengan ‘Maslahah Aamah’ (kepentingan umum) supaya dapat mengelakkan gelombang seterusnya COVID-19 daripada melanda negeri ini. Panduan kepada masyarakat dalam melaksanakan ibadah, khususnya pada bulan Ramadan bakal dikeluarkan untuk dijadikan rujukan,” katanya.

Perlis menjadi negeri pertama yang mengumumkan pembatalan solat Jumaat pada 13 Mac, 2020 melalui titah perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs setelah diperkenankan oleh Raja Perlis, sebagai langkah untuk mengawal penularan pandemik wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Perlis juga negeri pertama di negara ini yang menutup masjid dan surau daripada sebarang aktiviti kecuali untuk seruan azan dan jemaah oleh tiga pegawai masjid yang bertugas sahaja.

Sumber- BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here