Seperti yang kita sudah sedia maklum, sejak wabak Covid-19 semakin merebak secara meluas ramai pihak yang terjejas. Lebih-lebih lagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi ekoran daripada langkah berkurung yang dilakukan hampir di seluruh dunia.

Ada yang terpaksa ambil cuti tanpa gaji disebabkan hal ini. Lebih menyayat hati apabila ada juga yang diberhentikan kerja bagi mengurangkn beban yang perlu ditanggung syarikat.

Kayuh basikal pulang ke kampung

Baru-baru ini, sebuah perkongsian telah dimuat naik di akaun Facebook Wipaporn Rungchot menceritakan tentang pertemuannya dengan seorang warga emas di Thailand yang sedang mengayuh basikal untuk pulang ke kampung selepas diberhentikan kerja.

Pada mulanya dia merupakan seorang pengawal keselamatan dan telah diberhentikan kerja kerana mempunyai masalah berkaitan penglihatan. Oleh sebab itu, telah mengayuh basikal untuk pulang ke kampung.

เรื่องมีอยู่ว่าเห็นตาคนนี้เดินจูงจักรยานมาดูท่าทางแกเหนื่อยมากเลยจอดรถถามแก ตาแกบอกว่าตาตกงานตาทำงานเป็น รปภ….

Posted by Wipaporn Rungchot on Saturday, April 18, 2020

Bantuan dihulurkan oleh yang bersimpati

Tambahnya lagi, warga emas tersebut hanya makan apabila dihulurkan makanan oleh insan sekeliling yang simpati dengan nasibnya.

Apabila dihulurkan sedikit wang, warga emas itu terlihat sebak kerana dia tidak mempunyai wang untuk meneruskan perjalanannya.

Image may contain: one or more people and outdoor

Menggendong beg pakaian besar

Dapat dilihat dengan jelas dia menggendong beg pakaian besar dan menolak sahaja basikal tersebut.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan perkongsian tersebut, dapat kita pelajari bahawa masih ada insan yang susah dan ditimpa ujian berat walaupun sudah berusia.

Sumber: Wipaporn Rungchot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here