Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah jenama pembekal kain ternama yang didakwa menyentuh isu bangsa Melayu sehingga menimbulkan rasa berang dalam kalangan netizen.

Justeru, terdapat segelintir individu yang berhasrat bagi memboikot jenama tersebut dan memilih butik lain sempena menjelang bulan Syawal tidak lama lagi.

Seorang pengguna laman Facebook, Hazwan Iskandar menyeru orang ramai untuk memberi sokongan dengan membeli pakaian di butik pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew iaitu Elew’s Design di Bangi, Selangor.

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA….DARI KORANG BELI BARANG DI MYDIN DAN JAKEL YANG TELAH HINA BANGSA MELAYU….APA…

Posted by Hazwan Iskandar on Saturday, May 2, 2020

“Mari kita beli baju kat kedai Ustaz Ebit Lew…”

Menerusi posting dikongsikan itu, pemuda tersebut menyeru agar semua umat Islam di Malaysia untuk membeli di kedai Ebit Lew dan memboikot Jakel dan Mydin yang dikatakan telah menghina orang Melayu.

Tambahnya lagi, dia mesti membeli 2 pasang baju raya nanti di sana.

Image may contain: text

Komen netizen

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dimana turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Hazwan bagi membeli koleksi kurta lelaki di butik berkenaan.

Perlu 100 Tukang Jahit

Dengan sokongan padu dari netizan, Ebit Lew memuat naik satu status mencari 100 tukang jahir kerana jualan baju di kilang naik mendadak. Berikut posting Ebit Lew

“Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Ramai sangat order. Habis baju elews design-ebitlew”

Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Banyak sangat order. Habis baju elews design-ebitlew

Posted by Ebit Lew on Sunday, May 3, 2020

Pembelian secara ‘online’

Bagaimanapun menerusi laman Instagram butik tersebut, sesi pembelian hanya dilakukan secara ‘online’ dan butik telah ditutup buat sementara waktu.

Sumber:  Facebook , Elews Design Bangi, Ebit Lew

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here