POLIS menarik balik semua sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kuala Lumpur bermula hari ini selaras dengan pengumuman kerajaan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun SJR di kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) diadakan seperti biasa dengan kawalan penguatkuasaan sama oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Beliau berkata, tindakan menarik balik SJR ini selaras dengan keputusan kerajaan berhubung pelaksanaan PKPB.

“Meskipun SJR ditarik balik pihak polis kini menumpukan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan penjarakan sosial di antara orang ramai khususnya di kawasan terbuka.

“Polis sudah menubuhkan pasukan pemantau yang akan bergerak secara serta merta ke tempat tumpuan orang ramai yang dikesan melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, arahan utama KKM adalah mengelakkan orang ramai berkumpul dan menjarakkan diri mereka ketika melakukan aktiviti harian.

“Itu kita akan pastikan, kita akan memberikan nasihat, teguran dan amaran sekiranya ada individu atau kumpulan melanggar arahan KKM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata jumlah kenderaan dikesan memasuki bandaraya Kuala Lumpur, hari ini, dikesan meningkat 30 peratus berbanding semasa PKP dilaksanakan.

“Meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan selepas kerajaan mengumumkan PKPB, tiada kesesakan luar biasa dikesan berlaku di sekitar ibu negara sehingga tengah hari tadi.

“Pihak JSPT bagaimanapun akan memastikan orang ramai sentiasa mematuhi arahan ditetapkan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) KKM dipatuhi,” katanya.

Sumber : Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here