KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Selayang dan Chow Kit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan COVID-19.

Kawasan terbabit adalah Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitar Jalan Raja Bot.

PKPD di kawasan berkenaan bermula sejak tengah malam tadi.

Awal pagi tadi tular di media sosial apabila netizen memuat naik gambar anggota tentera melaksanakan kawalan di sekitar Chow Kit. – Ihsan pembaca

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Awal pagi tadi tular di media sosial apabila netizen memuat naik gambar anggota tentera melaksanakan kawalan di sekitar Chow Kit.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Hulu Langat dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur ditamatkan kelmarin.

Ia membabitkan Sekolah Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui; Menara City One; Malayan Mansion; Selangor Mansion dan kawasan sekitar Jalan Masjid India.

Bagaimanapun, beliau berkata, atas nasihat Menteri Kesihatan, PKPD di Parcel C, D, E dan F di kedua-dua kawasan Pusat Bandar Utara dan Selayang Baru, dilanjutkan hingga 12 Mei.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here