Masyarakat dilihat kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun kerajaan memberikan kelonggaran untuk perniagaan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak semalam.

Setelah lebih sebulan tidak beroperasi, ia tidak menjadi alasan kepada peniaga untuk melanggar syarat yang ditetapkan dengan mengambil langkah pencegahan seperti dipinta pihak berwajib.

Melalui laporan Harian Metro, rata-rata kedai mula melakukan pembersihan serta menyusun atur barang jualan di premis mereka tanpa membuka sepenuhnya pintu premis.

Pelanggan restoran dilihat berdiri mengikut garisan walaupun terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran.

ORANG ramai keluar membeli juadah untuk berbuka puasa dengan mengamalkan penjarakan sosial di Medan Selera Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. FOTO Saifullizan Tamad
Kredit: Harian Metro

Di pusat beli-belah pula, kebanyakan kedai didapati masih ditutup namun beberapa pekerja kelihatan sibuk melakukan kerja berkaitan sebagai persediaan untuk beroperasi semula.

Di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, difahamkan hampir separuh daripada penyewa lot kedai memutuskan untuk tidak memulakan operasi perniagaan, semalam.

Jumlah pengunjung juga dilihat masih terkawal dengan majoritinya menuju ke arah premis makanan atau premis yang menjual barangan keperluan asas khususnya barang dapur.

Penjawat awam, Muhammad Firdaus Abbas, 32, berkata, dia memutuskan untuk keluar membeli keperluan dapur semalam selepas dua minggu tidak keluar rumah.

Memandangkan dia hanya akan kembali bertugas esok, kesempatan itu diambilnya untuk keluar mendapatkan barangan keperluan yang sudah habis sejak seminggu lalu.

“Ketika peringkat awal PKP dilaksanakan, rajin juga saya ke kedai untuk tambah barang dapur yang habis, namun apabila kes (jangkitan Covid-19) makin meningkat, saya sekadar makan apa yang ada atau beli melalui dalam talian saja.

“Saya banyak melakukan kerja dari rumah namun saya memohon cuti pada hari ini (semalam) dan esok (hari ini) untuk uruskan apa yang patut sebelum kembali ke pejabat.

PELANGGAN berbuka puasa di sebuah restoran di ibu kota. FOTO Asyraf Hamzah
Kredit: Harian Metro – Pelanggan berbuka puasa di sebuah restoran di ibu kota

Bagi Nurul Ishiqah Ab Rahim, 29, dia memutuskan untuk keluar mendapatkan barangan keperluan rumah semalam kerana barang dapur di rumahnya sudah habis.

“Kalau PKPB tidak dilaksanakan sekalipun, saya memang sudah bercadang untuk keluar bagi mendapatkan bekalan makanan untuk kami sekeluarga.

“Saya masih risau untuk keluar begini kerana kita pun tahu kes meningkat semula, tetapi apa yang boleh kita lakukan hanyalah dengan menjaga jarak sosial serta pakai penutup mulut dan hidung,” katanya.

Suasana berbeza juga dapat dilihat di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sebelum ini penuh sesak dengan orang ramai membeli keperluan Aidilfitri apabila sebahagian besar kedai belum dibuka, semalam.

Pengunjung juga tidak kelihatan dipercayai kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berhampiran yang baru saja ditamatkan.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here