KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Selayang serta Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaliknya menjelaskan kawalan di kawasan berkenaan diperketatkan secara pentadbiran.

“Belum, selagi saya belum mengumumkan (PKPD), itu bermakna tidak ada PKPD di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, kita hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran di kawasan terbabit, mungkin kawal dengan kawad duri dan sebagainya tetapi bukan PKPD,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial, kononnya Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitar Jalan Raja Bot dikenakan PKPD bagi membendung penularan COVID-19.

Netizen turut berkongsi gambar kehadiran anggota tentera yang ditugaskan mengawal di kawasan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here