KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar sumbangan kepada Palestin dalam usaha negara itu menangani wabak COVID-19.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata keputusan itu adalah susulan perbualan telefon antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 6 April lalu.

Sumbangan berkenaan adalah hasil kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi serta Pertubuhan Amal THZ.

“Sumbangan yang dihulurkan Malaysia ini akan disalurkan kepada kerajaan Palestin melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan dengan kerjasama Kedutaan Besar Palestin di Amman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Wisma Putra, hari ini.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here