Sudah beberapa hari rakyat Malaysia mulai bebas keluar dari rumah walaupun masih perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Penurunan peratusan positif Covid-19 di Malaysia memberi satu nafas baru untuk rakyat kerana dapat kembali bekerja seperti sedia kala.

Frontliner penat

Namun begitu, barisan hadapan yang terlibat dalam melawan Covid-19 ini masih mengharapkan agar orang ramai kekal menjaga kesihatan agar mereka dapat berehat sebentar selepas berbulan-bulan berjuang demi negara.

Luahan hiba seorang frontliner menceritakan kisah rakan sejawatnya yang terlalu penat dan rindukan keluarga begitu menyentuh hati. Perkongsian daripada Anas Zulaika ini pastinya membuka mata semua agar memahami tugas mereka.

Tak dapat jumpa keluarga

Menurutnya, mereka semua kerap kali tertunggu-tunggu laporan harian perkembangan Covid-19 di Malaysia dan berasa teruja jika  angka menurun. Hal ini mencerahkan harapan untuk berehat dan bertemu dengan keluarga.

Tambah Anas Zulaika lagi, dia sedari bahawa mental rakan-rakannya sudah mulai terganggu kerana ada yang terpaksa berpisah dengan anak kecil dan suami tercinta demi tugas. Tidak kurang juga yang sudah lama tidak pulang ke kampung menjenguk orang tua.

Harap sangat semua jaga kesihatan

Sehubungan dengan hal tersebut, dia sebagai frontliner yang perlu bertugas demi melawan pendemik ini meminta agar orang ramai supaya elakkan berada di luar rumah jika tiada keperluan.

Hal ini kerana mereka semua sudah terlalu penat untuk menerima lebh banyak kes baru jika orang ramai tidak mematuhi arahan. Disamping itu juga, dia sempat menitipkan beberapa pesanan kesihatan bagi memastikan wabak ini tidak menular lagi.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan menzahirkan rasa sebak dengan khabar keadaan frontliner kita.

Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana tetap tabah berkhidmat walaupun terpaksa mengenepikan urusan peribadi demi kesejahteraan negara.

Sumber : Anas Zulaika, Oh My Media

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here