Seperti yang kita semua tahu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew begitu terkenal dengan sikapnya yang suka membantu golongan yang memerlukan. Sepanjang PKP berlangsung, beliau sering memuat naik kisah-kisah golongan yang memerlukan di Facebooknya bagi berkongsi cerita kepada orang ramai.

Image may contain: 2 people, people standing

Semalam, pendakwah tersebut kembali dengan misinya bagi menghulurkan sumbangan kepada insan yang memerlukan.

Melalui sebuah posting yang dikongsikan, beliau dan pasukan bantuan memilih Pahang sebagai lokasi seterusnya selain memohon doa orang ramai agar mereka selamat sampai ke destinasi.

Pohon doakan perjalanan kami ke Pahang 3hari disana. Saya beli barang dimuatkan dalam 3 lori untuk barang dapur dan…

Posted by Ebit Lew on Monday, May 4, 2020

Pendakwah berusia 36 tahun itu telah membeli pelbagai barang keperluan untuk dimuatkan dalam tiga lori sebelum memulakan misi tersebut.

“Allah sayang kita semua. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”

Perkongsian tersebut dihujani pelbagai komen positif netizen yang rata-rata mendoakan supaya perjalanan mereka ke negeri Darul Makmur dilindungi Allah SWT dan sentiasa dipermudahkan sepanjang misi berkenaan.

Sumber: Ebit Lew

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here