Seperti yang kita tahu, sebelum ini ramai penuntut IPT Zon Tengah yang sudah dibenarkan pulang ke Zon Utara dan Zon Timur. Kini, giliran penuntut IPT yang ingin pulang ke Zon Selatan pula dibenarkan pulang malam tadi.

Seramai 2,362 penuntut dari tujuh universiti di zon tengah pulang serentak ke beberapa lokasi selatan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bermula pukul 10 malam tadi dalam proses yang sekali lagi diuruskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). 

This image has an empty alt attribute; its file name is 7997bd598c97b0da3e0d9a88cce4a2365eb1962cdf43a
Kredit: BERNAMA

Menurut laporan Bernama, dalam satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi malam tadi, universiti awam terlibat itu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah;

  1. UPM
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. UiTM
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  5. Universiti Malaya (UM)
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  7. Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur  (UTM KL). 

“Saya doakan kesemua pelajar selamat dalam perjalanan menaiki 14 buah bas ke 11 lokasi Ibu Pejabat Daerah (IPD) iaitu tiga di Negeri Sembilan, tiga di Melaka dan lima di Johor,”  kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam kenyataan itu.

Setibanya penuntut ini ke IPD masing-masing, mereka akan dihantar ke rumah. 

Dr Noraini berpuas hati dengan kelancaran proses pada malam ini yang diselaraskan secara keseluruhan oleh UPM.

“Terima kasih kepada usaha Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Setia Datuk Dr. Aini Ideris dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam memastikan proses ini berjalan lancar,” katanya.

Tiga bulan tak balik rumah… Terima kasih PM & KPT serta semua yang terlibat

UPM pada 2 Mei turut menjadi tuan rumah bagi proses perjalanan pulang penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta zon tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) ke beberapa lokasi di zon Perak melibatkan 1,876 pelajar.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here