Gambar Hiasan

KUNDUZ (AFGHANISTAN): Seorang anggota tentera Afghanistan menikam adik perempuannya sehingga mati selepas mangsa menolak satu pinangan diaturkan keluarga, kata polis, semalam, dalam kejadian yang digambarkan sebagai ‘pembunuhan maruah’.

Mangsa berusia 18 tahun itu dibunuh di daerah Baharak di wilayah Badakhshan, Isnin lalu, sebelum suspek melarikan diri ke kawasan kawalan Taliban, kata jurucakap polis, Sanaullah Rohani.

Rohani berkata, mangsa dijerut dengan tali terlebih dahulu sebelum ditikam sehingga mati.

“Abang mangsa melarikan diri ke kawasan dikuasai Taliban dan polis sudah melancarkan operasi memburu suspek,” katanya kepada AFP.

Seorang aktivis hak asasi wanita dari Badakhshan, mengesahkan pembunuhan itu.

Aktivis, Asifa Karimi, berkata mangsa dikatakan mahu mengahwini kekasihnya tetapi dipaksa keluarga untuk menerima pinangan calon lain.

“Mangsa menolak pinangan itu dan melarikan diri kepada pihak polis. Namun, polis menyerahkan semula mangsa kepada keluarganya.

“Abang mangsa yang juga seorang tentera, membawa dia pulang dan membunuhnya dalam kes disifatkan sebagai pembunuhan maruah,” katanya.

Sebahagian daripada masyarakat Afghanistan mengamalkan peraturan ketat terhadap perempuan, termasuk memaksa mereka berkahwin dengan calon diaturkan keluarga dan menentukan sama ada golongan itu boleh mendapat pendidikan. – AFP

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here