Satu keluarga di Kampung Tapang,Kota Bharu,Kelantan yang kesempitan hidup oleh kerana kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit gout serius manakala isteri menghidap penyakit angin ahmar terpaksa menerima hakikat tinggal dalam rumah hampir menyembah bumi.

Rumah papan yang disewa dengan kadar sewaan RM100 sebulan itu menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga.Namun,ada setengah pihak yang berhati mulia tampil menghulurkan bantuan iaitu Pertubuhan NGO USROTI.

Tiada siapa menyangka,ketika kawasan sekitar di dalam Kota Bharu sedang rancak dimajukan,masih lagi terdapat kediaman usang didiami keluarga daif yang hanya mengharapkan sedikit bantuan bulanan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan orang awam.

Ku Mahasan Bin Ku Mat,berkata sebahagian bumbung rumah kayu didiami itu hampir menyembah bumi serta lantai sudahpun tidak begitu kukuh dan pada waktu hujan biasanya akan tiris disebabkan atap yang bocor.

“Menurut Puan Zalina Muhammad,Pengerusi Pertubuhan Usroti beliau begitu tersentuh hati apabila melihat keadaan mereka yang begitu daif dan beliau mengharapkan moga selepas pada ini makin ramai pihak yang tampil untuk membantu.”Katanya kepada wartawan BMF Media TV kelantan ketika ditemui hari ini.

Justeru,beliau berharap Ramadan kali ini memberi sinar kepada mereka sekeluarga untuk mendapat tempat tinggal yang lebih baik dan selesa.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here