KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 dan mempunyai rancangan mengenainya.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu ada dibincangkan dan jika tercetus kembali kes positif yang naik mendadak kerajaan akan buat keputusan waktu itu.

“Kita akan putuskan apa yang patut kita lakukan. Langkah yang diambil kerajaan adalah terancang dan semua dilaksanakan dalam keadaan bersedia.

“Kita juga membuat pemantauan bagi kita melihat sebarang kemungkinan,” katanya dalam wawancara ekslusif bersama BH baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas pelaksanaan PKPB, katanya keseluruhannya kerajaan berpuas hati.

“Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat kerana buat kawalan kendiri.

“Polis melaporkan banyak kereta yang keluar, lebih banyak berbanding hari sebelumnya, tetapi keadaan terkawal, malah di luar jangkaan.

Keadaan di pusat beli belah Plaza Sungei Wang yang biasanya menjadi tumpuan kelihatan masih lengang ketika tinjauan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ismail Sabri berkata, rakyat sudah faham, mendisiplinkan diri dan kawalan kendiri. - Foto BERNAMA
Keadaan di pusat beli belah Plaza Sungei Wang yang biasanya menjadi tumpuan kelihatan masih lengang ketika tinjauan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ismail Sabri berkata, rakyat sudah faham, mendisiplinkan diri dan kawalan kendiri. – Foto BERNAMA

“Saya jangkakan untuk hari pertama, orang akan keluar beramai-ramai macam hari raya, ‘yahoo’ kerana sudah lama tidak keluar, tetapi itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata, rakyat kita sudah faham dengan mendisiplinkan diri dan kawalan kendiri.

“Saya juga lihat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial sehingga sanggup beratur panjang untuk masuk ke pasar raya. Rakyat patuh.

“Ramai yang mengkritik PKPB dengan alasan bimbang rakyat tidak patuh sehingga berlaku keadaan tidak terkawal. Namun tidak berlaku seperti itu, walaupun mungkin ada kes tertentu yang tidak patuh,” katanya.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here