Seperti yang kita semua tahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, begitu banyak pihak yang hilang sumber pendapatan. Ada yang dipotong gaji dan ada juga yang diberikan cuti tanpa gaji. Ini sememangnya memberikan satu tamparan hebat buat sesetengah individu termasuklah mereka yang mencari rezeki sebagai pengayuh beca.

Wabak Covid-19 yang berlaku ini bukan sahaja mengancam kesihatan malah menjejaskan pendapatan setiap pekerja berikutan sektor ekonomi terpaksa dihentikan.

Tidak mempunyai rumah, hanya tidur dalam beca

Semalam, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Iera Misakiey telah berkongsi kisah seorang pengayuh beca yang ditemui berhampiran hospital.

Semasa wanita itu baru sahaja ingin mendapatkan rawatan untuk anaknya yang demam, dia terjumpa seorang pakcik yang tidur di dalam beca dan dia memberanikan diri untuk menyapa pengayuh beca tersebut.

Pagi ni anak Mek demam, cepat2 Mek bawa dia ke hospital, anak Mek kena tahan di Wad Sementara, disebabkan demamnya yg…

Posted by Iera Misakiey on Wednesday, May 6, 2020

Tiada siapa nak naik beca

Menurutnya lagi, hasil perbualan mereka, dia mendapati bahawa pakcik tersebut tidak mempunyai rumah serta keluarga, jadi dia hanya tidur di kawasan tersebut sepanjang PKP.

Tambahnya lagi, sumber pendapatannya turut terjejas kerana tiada siapa yang ingin menaiki becanya ketika musim PKP. Namun begitu, disebalik tawa hibanya, dia memaklumkan mendapat bantuan daripada kerajaan untuk menampung hidupnya.

Image may contain: one or more people

Semoga dimurahkan rezeki

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet  diruangan komen yang rata-rata berasa sayu melihat keadaan warga emas itu. Walaupun dia tidak meminta-minta, namun pasti terdetik dihati kita untuk menghulurkan bantuan kepadanya ketika ini.

Masih tiada rumah

Sumber: Iera Misakiey 

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here