Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) menyemak semula Kadar Asas (“BR”) sebanyak 50 mata asas, iaitu daripada 3.27% kepada 2.77%, sementara Kadar Pembiayaan Asas (“BFR”) disemak semula daripada 6.22% kepada 5.72%. Pada masa yang sama, kadar deposit juga akan diselaraskan ke bawah sebanyak 50 mata asas. Semua perubahan kadar berkuat kuasa 12 Mei 2020. Keputusan ini adalah sejajar dengan langkah penurunan Kadar Dasar Semalaman (“OPR”) sebanyak 50 mata asas oleh Bank Negara Malaysia iaitu daripada 2.50% kepada 2.00%.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Bank Islam akan menyusun strategi untuk mengimbangi portfolio pembiayaan Bank supaya kos dapat diurus dengan lebih berkesan. Seterusnya, ini akan membantu mengurangkan tekanan margin pendapatan bersih (NIM). Walaupun penurunan OPR ini akan memberi kesan pada pendapatan Bank, keputusan yang kami buat adalah untuk kepentingan pelanggan. Bank Islam akan terus membantu masyarakat pada masa yang sukar ini dan terus menyokong ekonomi untuk kembali normal.”

“Kami telahpun menjangka penurunan ini dan bersedia untuk segala kemungkinan yang timbul ekoran penurunan OPR ini dengan terus memberi fokus mempelbagaikan aliran pendapatan Bank, terutamanya dalam segmen pendapatan berasaskan fi. Selain terus bertahan dan berwaspada, Bank telah menerapkan strategi untuk bergerak maju dalam waktu yang mencabar ini. Kami akan memanfaatkan kemajuan teknologi, dan melaksanakan beberapa inisiatif pendigitalan untuk memacu kecekapan operasi, memberi sokongan tambahan kepada keuntungan jangka panjang dan daya maju keseluruhan. Kami sedar usaha ini adalah satu ‘norma baharu’ dan akan berusaha mengoptimumkan nilai dan sumber ke arah kelestarian dan kesejahteraan pelanggan, pemegang kepentingan dan juga Bank,” tambah Mohd Muazzam.

Semakan terakhir BR Bank Islam telah dilaksanakan pada 6 Mac 2020, iaitu daripada 3.52% kepada 3.27%, manakala BFR diturunkan daripada 6.47% kepada 6.22%.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.bankislam.com

Image may contain: text

Mengenai Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad, ditubuhkan pada 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 144 cawangan dan lebih daripada 900 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan penganut agama Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.

SUMBER: Bank Islam Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Wan Norkhairi Wan Samad Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad Aras 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2782 1232 / 019-339 4491 Faks: 03-2781 2998 Emel: [email protected] Web: www.bankislam.com

Nama: Omar Atin Penolong Timbalan Presiden Perhubungan Awam Komunikasi Korporat Kumpulan BIMB Holdings Berhad Aras 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel.: 03-2781 2943 / 019-391 9144 Faks: 03-2781 2998 Emel: [email protected] Web: www.bimbholdings.com

Sumber: Bernama

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here