KUALA LUMPUR: Tiada pertambahan pusat kuarantin untuk warganegara yang pulang ke negara ini berikutan masih wujud kekosongan di tempat yang ditetapkan untuk proses kuarantin wajib.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jangan ada yang keliru dan bimbang dengan perkara itu kerana kekosongan berlaku selepas mereka yang dikuarantin keluar apabila selesai menjalani proses itu.

“Setakat hari ini, sebanyak 245 Pusat Kuarantin telah beroperasi sama seperti hari sebelumnya yang mana 16,820 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Beliau menjelaskan semalam seramai 815 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib.

Seramai 30,315 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu .

Sejak 17 April, seramai 19,873 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here