Pendamik Covid-19 menimbulkan pelbagai cabaran dan masalah dalam setiap sudut kehidupan kita hari ini. Realiti yang berlaku sekarang menjadi semakin sukar untuk ditangani. Usaha mencari vaksin masih dijalankann semasa virus merebak ke seluruh pelusuk negara di dunia. Pandemik ini secara tidak langsung menjejaskan dan menimbulkan kesan buruk kepada pelbagai sektor termasuk keusahawanan.

Namun begitu, bagi mengurangkan risiko kerugian ini, Facebook telah mengumumkan bahawa geran sebanyak USD 100 Juta akan disalurkan untuk membantu 30,000 bisnes kecil di 30 negara dalam menyokong komuniti pada lokasi pengoperasian Facebook dan pasukannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh COO Facebook, Sheryl Sandberg, “Bisnes yang berskala kecil adalah nadi kepada komuniti dan mereka telah terjejas teruk dari krisis yang melanda sekarang ini – apabila orang ramai mula berada di rumah. Semakin lama krisis ini berlarutan, semakin tinggi risiko kepada bisnes kecil dan juga kepada pemilik bisnes dan pekerjanya.”

Facebook down: Login error code 2 hits users of social networking ...

“Oleh itu, hari ini saya mengumumkan Facebook menyumbang sebanyak USD 100 juta dalam membantu 30000 bisnes kecil dalam 30 negara di mana kakitangan kami tinggal dan bekerja.”

Facebook juga telah mewujudkan laman web untuk program baru itu: Facebook Small Business Grants Program.

Siapa yang layak untuk dana ini?

Sehingga 30,000 perniagaan kecil yang layak di lebih daripada 30 negara di mana kita beroperasi akan dapat menerima geran tersebut.

Untuk memenuhi syarat untuk memohon, anda mesti:

  • Mempunyai antara 2 hingga 50 pekerja
  • Telah berniaga lebih dari setahun
  • Telah mengalami cabaran dari COVID-19
  • Berada di atau berhampiran lokasi di mana Facebook beroperasi

Menurut Facebook lagi, mereka akan memaklumkan info yang lebih lanjut dan akan mula menerima permohonan dana pada beberapa minggu akan datang. Sekarang ini, bisnes yang berminat untuk mendaftar boleh sign-up untuk mendapatkan maklumat terkini program di laman web tersebut.

FACEBOOK is launching a $100M grants program to help the small ...

Selain itu, Sandberg juga menyatakan bahawa Facebook telah melihat pelbagai bantuan lain untuk membantu bisnes-bisnes ang berdepan dengan wabak Covid-19 dan terus bertahan dalam keadaan mencabar ketika ini.

Bagi memberikan bantuan lanjut, Facebook telah:

  • Melancarkan Business Resource Hub baharu bagi menyediakan sokongan kepada semua bisnes yang terjejas akibat daripada Covid-19 dengan menghubungkan mereka dengan alat-alat dan nasihat relevan
  • Program latihan bekerja secara alam maya (vortual training program) untuk menyokong bisnes yang beroperasi dalam tempoh ‘lockdown’
  • Pelan strategi baru bagaimana untuk mengendalikan ‘virtual training sessions’ dengan bisnes-bisnes di seluruh dunia
  • Mula merangka set Facebook Blueprint baru, dengan fokus untuk kerja dari rumah dan mengurus pasukan kerja dari rumah ini

Tambahan lagi, Facebook Journalism Project juga bekerjasama dengan Lenfest Institute for Journalism and the Local Media Association dalam memberi dana sebanyak USD 1 juta kepada organisasi berita tempatan yang membuat liputan di dua negara iaitu US dan Canada. Ia untuk membantu komuniti tempatan mendapatkan berita yang relevan dan terkini.

Sudah tentu USD 100 Juta bukanlah jumlah yang besar untuk dibandingkan dengan perolehan pendapatan Facebook pada 2019 iaitu USD 71 Bilion, tetapi sumbangan ini sangat bermakna bagi penerima iaitu bisnes kecil lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 ini barangkali akan berlarutan sehingga beberapa bulan lagi dan kebanyakan bisnes kecil akan terjejas teruk.

GERAN USD 100juta oleh facebook kpd Usahawan.Tahniah dan Terima Kasih Facebook kerana prihatin terhadapa Usahawan di…

Posted by BMF MEDIA TV – official on Thursday, May 7, 2020

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here