PUTRAJAYA: Sebanyak 60 kes positif COVID-19 dikesan melalui satu kluster yang membabitkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang berkenaan didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala, pada 5 April lalu.

Katanya, individu berkenaan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 10 April lalu.

“Pada 12 April, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif. Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan berkenaan dijalankan.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 786 orang sudah disaring dan kesemua mereka ini terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 268 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Buat masa ini punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here