ARAU, 8 Mei — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM8.31 juta untuk membantu 28 institusi pendidikan Islam termasuk sekolah agama (maahad) di seluruh negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata peruntukan tersebut diberikan di bawah program ‘Asnaf Fi-Sabilillah’ dan peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun lepas sebanyak RM8 juta.

“Diharapkan peruntukan yang disumbangkan ini berupaya membantu pihak sekolah menambah baik bangunan dan operasi mereka dalam melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya kepada media  selepas  majlis Simbolik Sumbangan Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis Tahun 2020 oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs di sini, hari ini.

Raja Muda Perlis promotes message of unity | Malaysia | Malay Mail

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Ir. Ts. Dr R. Badlishah Ahmad.

Mohd Nazim berkata sebahagian peruntukkan  tersebut iaitu sebanyak RM3 juta diserahkan  kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti UniMAP dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis.

BERNAMA - MAIPs salur RM8.31 juta bantu 28 institusi pendidikan ...

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here