Pendakwah terkenal dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia di kediamannya di Ampang di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Gambar Hiasan

Berita pemergian tokoh ternama itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut catatan di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai mula membanjiri laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dengan ucapan takziah dan berkongsi rasa sedih dengan pemergian tokoh agama itu.

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi catatan di Facebooknya turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.

Sebuah pertubuhan yang dianggotai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlibat dalam kegiatan keganasan, demikian tuduhan pakatan empat negara Arab yang diketuai Arab Saudi.
Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadhan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongi kesedihan dengan pemergian Allahyarham.

Menerusi akaun Twitternya, Mohamed Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT. 

Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan As-Sobirin pada pagi ini.

— BERNAMA

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here