Sebelum ini, Kluster Kayangan sering menjadi buah mulut masyarakat Malaysia kerana sikap mereka yang angkuh, sombong dan sukar untuk memberikan kerjasama. Isu ini terus diperhangatkan pula dengan foto tular baru-baru ini yang memaparkan keadaan di sebuah hotel kuarantin di Sarawak yang seolah-olah dilanda gempa bumi kerana terlalu bersepah dan kotor.

Menurut Sarawak Aritok, Grand Margherita di Sarawak merupakan pusat kuarantin untuk mereka yang disyaki menghidapi wabak covid19. Namun setelah tamat tamat tempoh kuarantin, mereka meninggalkan ‘hadiah’ kepada hotel tersebut sebagai tanda terima kasih.

Walau bagaimanapun, setisp penghuni bilik telah direkodkan maklumat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) dan dlaporkan pelaku sudah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Beberapa sumber ada mengatakan bahawa pelaku merupakan merupakan seorang pasakit mental dan pernah hilang di hutan selama seminggu pada beberapa tahun yang lepas. Kesahihan maklumat tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Sumber: Sarawak Aritok, Lobak Merah

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here