DAERAH Rembau di Negeri Sembilan kembali diletakkan dalam zon merah Covid-19 selepas menyaksikan peningkatan kes mendadak, semalam.

Peningkatan itu berikutan satu kluster baharu yang membabitkan pekerja sebuah kilang di Pedas.

Rembau pernah diisytihar sebagai lokasi zon merah pertama bebas daripada wabak itu selepas berjaya mencatatkan sifar kes aktif, 20 April lalu.

Bagaimanapun, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), daerah berkenaan mencatatkan 59 kes positif Covid-19, setakat 12 tengah hari semalam.

Image
Image

Infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan zon merah Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 11 daerah.

Lokasi zon merah lain adalah ibu kota Kuala Lumpur dengan 144 kes, Batu (101), Kuching (100), Gombak (80), Kampung Baru (67), Hulu Langat (55), Petaling (53), Kluang (49), Sri Petaling (45) dan Kota Samarahan (43).

Selain itu, jumlah keseluruhan zon hijau Covid-19 pula kekal 113 daerah.

Bilangan kumulatif kes positif seluruh negara semalam adalah 6,535 kes dengan 1,564 kes aktif.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kluster Pedas yang dimaklumkannya pada 2 Mei lalu membabitkan pekerja kilang di Pedas, sudah menjangkiti 60 individu.

Beliau berkata, kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang itu didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April lalu.

Sumber: Harian Metro, KKM

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here