Gambar Hiasan- PDRM

BINTULU,9 Mei — Dua lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 30 Jalan Tatau, Merit berdekatan Jambatan Sungai Adai, dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.00 petang itu dipandu Nelson Kana Meliu, 32, manakala Ginol Sanyu, 42 merupakan penumpang.    

Menurutnya, pemandu beralamat di Rumah Danggat Sungai Kana, Tatau manakala penumpang dari RCBM Hospital Batu 13 Jalan Penrissen, Kuching. Hubungan kedua-dua mangsa adalah adik dan abang ipar.

Beliau berkata,sebelum kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Pasar Tatau menuju Rumah Danggat Sungai Kana Jalan Sangan/Merit dan semasa menuruni jalan berbukit serta berselekoh kenderaan dipandu Nelson dipercayai hilang kawalan.

 “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan serpihan bahagian kenderaan dan kesan brek kenderaan, menunjukkan kemungkinan pemandu gagal mengawal kenderaan itu lalu terlanggar tembok batu di kanan jalan sebelum terbakar di tengah jalan.

Akibat kemalangan itu kenderaan telah terbakar hangus 100 peratus manakala pemandu dan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Kebakaran telah berjaya dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian”,katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat dan kes  disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here