KOTA KINABALU, 9 Mei  — Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)  telah meluluskan pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lepas, kataTimbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata setiap pencarum yang telah mendapat kelulusan KWSP, amaun yang dipohon bagi pengeluaran i-Lestari  dikreditkan ke akaun masing-masing secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.

“Inisiatif i-Lestari KWSP yang melibatkan  peruntukan sebanyak  RM40 bilion akan menyediakan kecairan dalam ekonomi negara secara purata RM3.3 bilion sebulan.

Agregat kecairan ini diperlukan bukan sahaja bagi menolong rakyat untuk mendapatkan pendapatan boleh guna ,tetapi juga akan mewujudkan kecairan dalam pasaran yang diperlukan oleh sektor peruncitan, wang bertukar tangan dan mewujudkan kesan berganda pada ekonomi negara,” katanya.

Permohonan i-Lestari melalui i-Akaun versi laman web, emel ...

Abdul Rahim berkata adalah diketahui bahawa sektor peruncitan terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19.

Darurat kesihatan yang tidak pernah berlaku dahulu ini telah menguncupkan aliran tunai di pasaran akibat ramai rakyat tempatan kehilangan sumber pendapatan dan ditambah lagi dengan lenyapnya berbilion ringgit pendapatan dari pelancong luar negara akibat kemerosotan sektor perkhidmatan pelancongan, katanya.

Beliau berkata bagi membangunkan semula ekonomi, ia akan memerlukan masa kerana gelombang pandemik virus ini menjejaskan semua pihak di seluruh dunia dan diharap dapat diredakan dalam tempoh enam bulan hingga  satu tahun dan semua sektor dapat dipulihkan semula.

i-Lestari KWSP mula dibayar pada 4 Mei

Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2  masing-masing.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here