MIRI : Lelaki maut dihempap dinding binaan rumah di Taman Serene Jelita, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 8.57 pagi.

“Mangsa yang maut dalam kejadian itu hanya dikenali sebagai Karim berusia 55 tahun.

“Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Miri telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian berpunca daripadastruktur dinding stor yang dalam binaan runtuh dan menghempap mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memberi bantuan merawat mangsa,”katanya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.35 pagi.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here