Gambar Hiasan

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia mendapati tahap kepatuhan orang ramai di negeri Kelantan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah sebanyak 95 peratus.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata orang ramai dilihat seakan “sebati” dengan PKP yang dilaksanakan sebelum ini. 

“Sekarang polis juga turut membuat pemantauan dan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pasar dan mendapati pengunjung kebanyakan adalah golongan dewasa. Meskipun jumlah pengunjung ramai daripada sebelum ini, mereka dilihat mematuhi arahan (SOP),”  katanya kepada Bernama, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hasanuddin berkata, kini sebanyak 10 lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan di seluruh negeri sepanjang PKPB ini.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan mendapati orang ramai sudah mulai faham dan akur dengan arahan dikeluarkan, katanya.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here