TIGA kanak-kanak yang meninggal dunia di New York dikaitkan dengan COVID-19, namun menunjukkan simptom berbeza.

Ia mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa mengenai risiko jangkitan koronavirus yang sebelum ini dianggap tidak memberi kesan besar kepada kanak-kanak.

Gabenor New York Andrew Cuomo memberi amaran bahawa ini mungkin permulaan kepada fasa baharu wabak COVID-19 yang bakal mendatangkan risiko kepada golongan muda.

Ia susulan kematian pertama membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun pada Jumaat, diikuti dengan dua lagi kematian pada Sabtu, masing-masing tujuh tahun dan seorang remaja.

Stay-at-home orders in major states mark next phase of U.S. ...

“Penyakit ini telah meragut nyawa tiga penduduk New York yang amat muda,” kata Cuomo. “Ini satu perkembangan baru. Ia masih sedang berlaku.”

Tambah Cuomo, kebanyakan kanak-kanak yang didapati positif COVID-19 bagaimanapun tidak menunjukkan simptom virus itu, seperti sesak nafas dan batuk.

Minggu lepas, pihak berkuasa negeri itu melaporkan 73 kes di New York membabitkan kanak-kanak yang jatuh sakit dengan menunjukkan simptom keradangan serius, sama seperti sindrom Kawasaki.

Kawasaki Disease in Infants & Young Children - HealthyChildren.org

NBC News turut melaporkan sekurang-kurangnya 85 kes lain dalam kalangan kanak-kanak serata Amerika yang menunjukkan simptom seperti penyakit Kawasaki.

Penyakit Kawasaki yang dihidapi kebanyakannya oleh kanak-kanak bawah lima tahun, boleh menjejaskan sistem imun sehingga menyebabkan demam, cirit-birit, ruam dan konjunktivitis.

Namun, jelas Dr Jane Newburger, pengarah program Kawasaki di hospital kanak-kanak Boston, hanya jumlah yang kecil menunjukkan sindrom keradangan serius apabila didapati positif COVID-19.

“Kami ingin terangkan kepada ibu bapa, ini masih lagi jarang berlaku. Oleh itu, penyakit Kawasaki ini merupakan penyebab utama penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak di negara maju.

“Rawatan awal amat kritikal untuk mengelakkan penyakit jantung yang signifikan,” ujar beliau.

Sumber: Astro Awani

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here